Make your own Glitter Graphics

Friday 23 September 2011

Demi kesyukuran yg tiada terbatas ini

Banyak perkara dalam hidup kita yg cuma menjadi rahsia kita. Penilaian demi penilaian tak semestinya menjawab semua tentang diri kita. Namun aku yakin setiap antara kita telah membuat yg terbaik bg kehidupan kita masing2....walaupun mereka menyalahkan pilihan yg kita buat tapi itulah pilihan yg terbaik kita ada pada masa itu utk teruskan hidup dgn sebaik mungkin....



Aku insan yg tak seberapa ini berasa syukur dgn segala nikmat kurniaan -Nya.  Setakat ini urusan kehidupan aku berjalan dgn sempurna hanya kerana rahmat yg melimpah ruah. Mungkin tak seperti mereka yg lebih pada aku tapi apa yg aku dapat sebenarnya tak layak buat aku tp Dia tetap bg bg dan bg tanpa jemu-jemu....
Aku tidak ajar diri utk cemburu dgn apa yg org milikki malah tenang saja....berusaha dgn cara sendiri selagi kehidupan ini tidak menindas hak manusia lain. Sebenarnya hidup ini mudah cuma pandai2 lah macammana kita nak hidup dgn jalan pilihan masing- masing.....

Tuesday 20 September 2011

Pertama yg Terakhir



Mungkin ku bukanlah yg pertama di hatimu. Biarkan saja ku yg terakhir.

Pasti demi masa tiada yg sia-sia bila bersamamu ayah dan bonda tercinta.

Perjalanan ini amat memilukan bila bersamamu tiada terasa. Segala derita di tanggung bersama hingga akhirnya nafas mula terhenti. HINGGA AKHIRNYA NAFAS MULA TERHENTI..

(2006-11 March 2010)

Ikhlasku

Senyumku tak semanis
Senyumku tak seiring
Derita dan hati menangis pilu

Kau yang aku kenali
Kini bukan lagi
Kain putih yg telahku warnakan

Kini masa telah tiba
Mohonku mengundur diri
Ku bawa segala kesakitanku
Selama ku di dunia

Ku pohon kpdmu Tuhan
Segala dukaku di dunia
Segala sakitku segala tangisku
Ku terima tanpa bertanya

Ku berserah kpd Tuhan
Segala dukaku di dunia
Buka segala pintu di sana
Dlm mengingati ku susuri...

Ana Liyana ya

Monday 19 September 2011

Kabut

Memori 
Biar derita biarpun berbeza
Langkah kakiku tiada terhenti
Tiada dua mahupun tiga
Biar masa berubah
Tiada berbeza

Kau pimpin aku dalam tangismu
Biarkan aku menderita cintamu

Kau pimpin aku dalam takdirmu
Biarkan aku menderita siksamu

HINGGA HATIKU MENANGIS LAGI

2006-13 MARCH 2010

Kenapa ?




Dia di mana aku merindu
Ke sini jemput semula senyumku
Menanti hatimu kembali padaku
Menanti dirimu kembali padaku 
Aku derita

Dia berlalu dalam hidupku aku tahu kenapa
Dia yg semalam aku sayang
Bawa ku sesepi angin berlalu
Tiada sedar masa berlalu
Tiada sedar masa berganti
Aku masih jua begitu

Tuhan dimana dia
Sungguh ku rindu
Dia yg datang dan pergi dalam hidupku
Kini aku tahu kenapa...


(30 MARCH 2010)

Sehening Pagi Jumaat

Pagi Jumaat lagi
Pagi yg sepi.....
Semakin sepi.....
Yg ada pergi....Tinggalkan yg bernyawa

Pagi Jumaat lagi
Perjalanan panjang rasa makin singkat...
Terasa saat tinggalkan semua

Kasihku
Ia memisahkan kita
Krn terasa sayang untuk berpisah denganmu

Pada yg tersayang
Moga kau tenang bahagia selalu
Sampai sini kita bawa cinta sendiri

( 1 DEC 2010)

Sunday 18 September 2011

Tanya Di Hati

Sayang sabarkan hatimu menanti aku. Aku akan pulang. Jangan tangis lagi ia menambah penderitaanku.



Sayang tidakku salahkan dirimu bila masa laluku sepi.....kerana hidup ini begini.............

(27 April 2010)

Epilog Semalam Yg Berlalu

Petang indah ini menjadi hening. Sesepi hatiku persis kamu di situ. Memandang ke sana kemana hilang dirimu.. hanya bayangan.

Aku yg tertinggal di sini nekad melupuskan semua. Walau menokhtahkan separuh hidupku. Andai ku simpan dihati menjadi racun baki hidupku.. Selamanya.. Selamanya...

Meneruskan hidup tanpamu semakin ku bertahan. Merisik sepi jauhnya perjalanan.

Kadang kamu menemani sepi-sepiku.Pejamkan mata ......

Kamu yg berlalu dalam hidupku...berkesan selamanya...


Setelah Kau pisahkan dia denganku. Pisahkan jua dia dr mimpi-mimpiku agar tenang kegelisahan malamku. Ku sedari kamu pergi dan pergi......

(1 OCT 2010)