Banyak perkara dalam hidup kita yg cuma menjadi rahsia kita. Penilaian demi penilaian tak semestinya menjawab semua tentang diri kita. Namun aku yakin setiap antara kita telah membuat yg terbaik bg kehidupan kita masing2....walaupun mereka menyalahkan pilihan yg kita buat tapi itulah pilihan yg terbaik kita ada pada masa itu utk teruskan hidup dgn sebaik mungkin....
Aku insan yg tak seberapa ini berasa syukur dgn segala nikmat kurniaan -Nya. Setakat ini urusan kehidupan aku berjalan dgn sempurna hanya kerana rahmat yg melimpah ruah. Mungkin tak seperti mereka yg lebih pada aku tapi apa yg aku dapat sebenarnya tak layak buat aku tp Dia tetap bg bg dan bg tanpa jemu-jemu....
Aku tidak ajar diri utk cemburu dgn apa yg org milikki malah tenang saja....berusaha dgn cara sendiri selagi kehidupan ini tidak menindas hak manusia lain. Sebenarnya hidup ini mudah cuma pandai2 lah macammana kita nak hidup dgn jalan pilihan masing- masing.....

No comments:
Post a Comment